Pemikiran Pembangunan Ekonomi Islam Dalam Pelaksanaan Bantuan Kewangan Di Malaysia (Islamic Economic Development Thinking In The Implementation Of Financial Aid In Malaysia)

International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB). Volume: 5 Issues: 27 [June, 2020] pp. 151 - 165]

15 Pages Posted: 1 Oct 2020

See all articles by Ahmad Nazrul Alif Yahya

Ahmad Nazrul Alif Yahya

Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, 11800 USM,Penang

Wan Norhaniza Wan Hasan

Universiti Sains Malaysia (USM) - Universiti Sains Malaysia

Date Written: June 27, 2020

Abstract

Malay abstract: Bantuan kewangan secara umumnya ialah bantuan yang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan golongan masyarakat berpendapatan rendah. Dalam sistem ekonomi Islam, bantuan kewangan dianggap sebagai salah satu kaedah memacu pertumbuhan dan kemampanan ekonomi negara. Pembangunan dalam ekonomi Islam mengandungi nilai dengan utamanya untuk memelihara dan memastikan kebajikan manusia. Oleh itu, penting untuk pelaksanaan bantuan kewangan mempunyai tujuan yang jelas agar mampu memberi manfaat kepada penerima bantuan secara menyeluruh dan berkesan. Pelaksanaan yang berkesan ini boleh diperoleh melalui mekanisme saluran yang tepat. Sebagai salah satu negara yang mempunyai sistem ekonomi Islam terkehadapan, Malaysia dilihat berupaya menjadi antara role model yang menunjukkan contoh dalam pelaksanaan ekonomi Islam. Dalam situasi Malaysia yang menyediakan bantuan kewangan kepada golongan terkebawah, bagaimanakah bantuan kewangan tersebut disalurkan? Apakah tujuan dan matlamat bantuan kewangan di Malaysia dilaksanakan? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, artikel ini berhasrat mengenal pasti pelaksanaan bantuan kewangan yang dilakukan di Malaysia dengan lebih lanjut. Analisis seterusnya dilakukan terhadap unsur pemikiran pembangunan ekonomi Islam dalam pelaksanaan bantuan kewangan di Malaysia. Pendekatan kajian kualitatif digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan maklumat dan analisis. Artikel ini mendapati bahawa bantuan kewangan dalam ekonomi Islam bersifat menyeluruh, multidimensi dan bersepadu. Kesepaduan ini dapat dilihat dengan ketara melalui penekanan aspek kerohanian dan kebendaan berdasarkan keutamaan dalam kehidupan bagi penerima bantuan tersebut.

English abstract: Financial assistance is generally the assistance for the needs of the low income community. In the Islamic economic system, financial assistance is considered to be one of the methods of provide growth and sustainability of the nation's economy. Development in Islamic economy contains value with its principal to preserve and ensure human welfare. Therefore, it is important that the implementation of financial assistance has a clear purpose to benefit the recipients overall and effective assistance. This effective implementation can be obtained through appropriate channel mechanisms. As one of the countries that have the Islamic economic system in the presence, Malaysia is seen trying to be between role models that demonstrate examples in the implementation of Islamic economics. In the Malaysian situation that provides financial assistance to the needy, how will the financial assistance be channeled? What are the objectives and goals of financial assistance in Malaysia implemented? To answer these issues, this article is eager to identify the implementation of financial assistance conducted in Malaysia further. The subsequent analysis was conducted on the thinking elements of Islamic economic development in the implementation of financial assistance in Malaysia. A qualitative review approach is used entirely in the process of information collection and analysis. This article finds that financial aid in the Islamic economy is thorough, multidimensional and integrated. This integration can be significantly visible through the emphasis of spiritual and material aspects based on priority in life for the recipients.

Keywords: Development, Islamic Economic Thinking, Financial Aid

JEL Classification: O21

Suggested Citation

Yahya, Ahmad Nazrul Alif and Wan Hasan, Wan Norhaniza, Pemikiran Pembangunan Ekonomi Islam Dalam Pelaksanaan Bantuan Kewangan Di Malaysia (Islamic Economic Development Thinking In The Implementation Of Financial Aid In Malaysia) (June 27, 2020). International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB). Volume: 5 Issues: 27 [June, 2020] pp. 151 - 165], Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=3674350

Ahmad Nazrul Alif Yahya (Contact Author)

Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, 11800 USM,Penang ( email )

Jalan Sungai Dua
Minden, Penang
Malaysia

Wan Norhaniza Wan Hasan

Universiti Sains Malaysia (USM) - Universiti Sains Malaysia ( email )

Minden, Penang 11800
Malaysia

Do you have a job opening that you would like to promote on SSRN?

Paper statistics

Downloads
409
Abstract Views
1,314
rank
92,487
PlumX Metrics